Harian Metro | 06-04-2011 | Panggilan Pokai

Harian Metro Panggilan PokaiAwas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta. Panggilan pokai..Apo kes laa lagi ni..macam macam dah..

Aku tertarik dengan muka depan metro hari ini..Panggilan pokai..macam mana pula dengan panggilan pokai ni.
Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara

Wah bijak sesangat la ni boleh tindih2 nombor telefon.Semua ini boleh mengelirukan mangsa yang tak berhati hati ni.modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan.

Bijak betul lah orang zaman sekarang nak cari wang.Dengan kecanggihan peralatan dan perisian zaman moden ini..manusia mudah di tipu..erm..jadi kita kena berhati hati supaya tidak terus terperangkap dengan perkara2 seperti ini.

Sekurang kurangnya dengan tersiar berita2 seperti ini di akhbar dapatlah kita jadikan ingatan supaya kita tidak terjebak dengan kes2 seperti ini.

Boleh baca sendiri berita ini di Harian Metro