Home » Info Sukan » Hari Penentuan Buat Lee Chong Wei

Hari Penentuan Buat Lee Chong Wei

Hari Penentuan Buat Lee Chong Wei. Setelah menunggu sekian lama kesnya dibicarakan atas kesalahan doping, Sabtu ini ( 11 April 2015 ) segalanya terjawab dan nasib LCW terletak pada keputusan panel pendengaran yang akan mendengar kesnya.

Kes ini akan didengar dan diadili di Amsterdam , Belanda oleh barisan panel sebelum keputusan dibuat. Bersalah atau tidak akan terjawab pada sabtu.

Mengikut laporan , Datuk Lee Chong Wei telah pun berlepas ke London untuk bertemu peguam sukannya , Mike Morgan sebelum ke Amsterdam.

Please pray & wish me well (in hearing session). All I want is to clear my name and return to the badminton.” – Lee Chong Wei

LCW turut meminta sokongan dan doa dari peminat agar dia dapat membersihkan namanya dari sebarang kesalahan doping, beliau berkata sebelum berlepas ke London

Ini adalah detik penting untuk saya. Saya harap semua pihak akan terus memberi sokongan kepada saya. Saya harap perkara ini akan selesai secepat mungkin. Saya berterima kasih kepada penyokong saya. Mungkin keputusan akan diketahui Sabtu ini atau seminggu selepas perbicaraan. Saya akan kemaskini  keputusan tersebut dalam Facebook nanti,”

Untuk rekod, ranking Chong Wei turut merosot setelah menjalani pengantungan sementara oleh BWF . Ranking terkini adalah pada kedudukan ke 16. Semoga keputusan sabtu ini memihak kepada beliau agar dapat kembali beraksi sekurang-kurangnya sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei bersama anaknya sebelum berlepas ke London dan Amsterdam – sumber gambar Facebook Rasmi LCW

#PrayForChongWei

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *