Home » Santai » Hari Ini Jadi Perisik From PD With Love

Hari Ini Jadi Perisik From PD With Love

Salam buat semua..selamat berhujung minggu dan bersantai.Agak sibuk sejak semalam kerana banyak sangat aktiviti bersama rakan-rakan yang perlu dipenuhi. Biasalah sabtu dan ahad semua cuti. Masa untuk bertemu sahabat sambil bersidang dimeja bulat borak berbagai isu semasa…janji tak mengumpat sudahkan..itulah untungnya ramai kawan..berkasih biar satu,berkawan biar beribu..rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari..tak gitu.

Hari ini ada lagi perkara yang perlu diuruskan. Hari ini terpaksa pula bertukar menjadi perisik. Dah macam FBI dah ni. Bukan apa hari ini terpaksa pula berkejar ke Port Dickson untuk urusan merisik buat adik aku..kah kah.. Biasalah dah nak sampai seru eh..kita skodeng anak dara orang ikut adat..supaya perhubungan jadi berkat.

Jadi alang-alang dah sampai Port Dickson , apo lagi..masa untuk berendam dalam air garam. Kalau sempat dan cuaca mengizinkanlah..kita hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya…apa-apa pun dah nak gerak dah ni..selamat bercuti..jaga diri hiasi peribadi..terima kasih kerana membaca..

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *