Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah : MALAYSIA MENARIK DIRI DARI KUMPULAN 8 NEGARA KOMANWEL

Pada hari ini 05.03.1971, Malaysia telah menarik diri dari menjadi anggota Kumpulan Badan Pengkaji 8 Negara Komanwel. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Luar Negeri sebagai bantahan terhadap pengumuman Britain hendak membekalkan helikopter jenis Wasp kepada negara Afrika Selatan tanpa menunggu laporan dari kumpulan negara yang membuat kajian. Kumpulan Badan Pengkaji tersebut dibentuk oleh negara-negara Komanwel di Singapura pada bulan Januari …

Read More »

Peristiwa Bukit Kepong 1950

Peristiwa Bukit Kepong 1950. Pada hari ini 23.02.1950, dua puluh lima orang anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor. Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, termasuk Sarjan Jamil, enam orang polis biasa, tiga orang polis “Marine”,dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua …

Read More »

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia. Pada hari ini dalam tahun 1922, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Y.A.B Tun Hussein Onn telah dilahirkan di Johor Bahru. Anak sulung kepada pengasas UMNO (United Malays National Organization), Dato` Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein telah memulakan pendidikan awalnya di Singapura dan Johor Bharu. Pada tahun 1940, selepas menamatkan pelajaran …

Read More »

Hari Ini Dalam Sejarah : KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

  KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. Pada hari ini dalam tahun 1903, Bapa Kemerdekaan Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah diputerakan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Merupakan putera ke-14 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke- 28. Bondanya adalah Cik Menjalara merupakan anak kepada seorang bangsawan Siam bernama Luang Naraborirak. …

Read More »

Hari Ini Dalam Sejarah : SERUAN “HIDUP MELAYU” DITUKAR KEPADA “MERDEKA”

Pada hari ini dalam tahun 1951, seruan “Hidup Melayu” yang digunakan oleh UMNO sejak penubuhannya telah ditukar kepada “Merdeka”. Persetujuan untuk menukarkan seruan tersebut telah dicapai dalam Persidangan Setengah Tahun Majlis Mesyuarat Perikatan Pemuda – UMNO yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Seruan “Merdeka” telah dipilih kerana ia lebih bertetapan dengan perjuangan nasionalis UMNO pada ketika itu …

Read More »

Hari Ini Dalam Sejarah : PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN

PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAANTarikh Peristiwa: 30-01-1960 Pada hari ini dalam tahun 1960,Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya diseluruh negara. Pelancaran ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan bertujuan menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ini menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai satu bangsa …

Read More »