Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : SERUAN “HIDUP MELAYU” DITUKAR KEPADA “MERDEKA”

Hari Ini Dalam Sejarah : SERUAN “HIDUP MELAYU” DITUKAR KEPADA “MERDEKA”

Pada hari ini dalam tahun 1951, seruan “Hidup Melayu” yang digunakan oleh UMNO sejak penubuhannya telah ditukar kepada “Merdeka”. Persetujuan untuk menukarkan seruan tersebut telah dicapai dalam Persidangan Setengah Tahun Majlis Mesyuarat Perikatan Pemuda – UMNO yang telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Seruan “Merdeka” telah dipilih kerana ia lebih bertetapan dengan perjuangan nasionalis UMNO pada ketika itu yang memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman British. Ini secara tidak langsung telah menyemarakkan semangat di kalangan penduduk Tanah Melayu untuk bangkit dan sama-sama bersatu padu dalam merealisasikan hasrat untuk mencapai kemerdekaan negara. Seruan “Merdeka” ini telah digunakan oleh UMNO dalam setiap perhimpunan besar yang diadakan hinggalah 31 Ogos 1957, apabila Y.T.M Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah melaungkannya sebanyak tujuh kali semasa upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka. Sesungguhnya, seruan “Merdeka” ini telah menjadi pencetus semangat dikalangan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.

Kebenaran dan sumber Arkib Negara

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. kalau sebut “hidup melayu” tu…rasa mcm perkauman pulak..

  2. Terima kasih kepada para perjuang UMNO yang telah banyak berjasa dalam memerdekakan negara kita yang tercinta ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *