Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM

Hari Ini Dalam Sejarah : PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM

PERSETUJUAN GERAKAN BERSAMA MENGHAPUSKAN KOMUNIS DI SEMPADAN MALAYSIA-SIAM
Tarikh Peristiwa: 28-01-1955

Pada hari ini dalam tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu dan Siam telah bersetuju mengadakan gerakan bersama menghapus komunis di sempadan kedua-dua buah negara. Dalam perbincangan ini pihak Persekutuan Tanah Melayu diwakili Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald Mac Gillirary dan Left. General Sir Geoffrey Bourne. Manakala Siam diwakili oleh Ketua Polis Negara iaitu Phao Siriyonan. Antara perkara-perkara yang telah disepakati berkaitan dengan operasi polis dan tentera menghapus khemah-khemah komunis di Sadao, Utara Kedah, di Betong dan di Utara Kelantan. Selain itu kedua-dua pihak juga bersetuju memperkemaskan lagi Biro penyiasatan yang berpusat di Songkla. Kerjasama yang diterajui kedua-dua pihak ini, telah memberi kesan yang besar dalam usaha kedua-dua negara menghapus kegiatan komunis terutama di kawasan sempadan negara masing-masing.

Sumeber Dan Kebenaran Untuk penyiaran Dari Arkib Negara Malaysia

http://kizmyself.blogspot.com/2011/01/terima-kasih-arkib-negara-di-atas.html

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

2 comments

  1. hi..hehe..dh lm xsinggah cni. dh follow tp jrg komen.

    entri sejarah..elokla..mengingatkn =)

  2. teringat balik time sekolah belajar sejarah…
    suka sejarah…
    ehhehhehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *