Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah :PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

Hari Ini Dalam Sejarah :PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

PERLANTIKAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI MALAYA. Tarikh Peristiwa: 26-01-1962. Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah melantik YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebagai Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang pertama.

Pelantikan ini telah dibuat bagi mengenang jasa-jasa dan sumbangan beliau terhadap negara. Pelantikan ini telah menjadikan Tunku sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang pertama telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut.

Pencalonan dan pemilihan beliau ke jawatan Canselor Universiti Malaya ini telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Januari 1962. Pelantikan ini juga telah disokong oleh Persidangan Raja-raja Melayu yang telah mengemukakan persetujuan agar jawatan Canselor harus disandang oleh Tunku secara peribadi. Pelantikan Tunku Abdul Rahman adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan Baru Universiti Malaya 1961 bahagian 53 dan beliau telah menduduki jawatan sebagai Canselor Universiti Malaya selama tujuh tahun mulai 1 Januari 1962.

Sumber rujukan Arkib Negara Malaysia
Rujukan kebenaran

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. wah . .wah . . mengimbau kembali kenangan !

  2. Seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara kita Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *