Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Peristiwa Bukit Kepong 1950

Peristiwa Bukit Kepong 1950

Peristiwa Bukit Kepong 1950. Pada hari ini 23.02.1950, dua puluh lima orang anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor. Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, termasuk Sarjan Jamil, enam orang polis biasa, tiga orang polis “Marine”,dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak polis biasa, dan dua orang awam. Jumlah tersebut tidak termasuk kemalangan di pihak pengganas komunis, di mana tiga orang terbunuh dan 17 cedera. Di samping itu 3 buah bangunan telah musnah iaitu Balai Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis.

Perwira-perwira yang terlibat telah mempertahankan balai itu sehingga ketitisan darah yang akhir. Balai Polis itu tidak berjaya ditawan oleh pengganas-pengganas komunis yang jauh lebih ramai jumlahnya. Pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dengan bantuan orang-orang kampung itu adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Peristiwa Bukit Kepong 1950

Sebenarnya, orang-orang kampung dan anggota-anggota polis ketika itu boleh menyelamatkan diri mereka dengan menyerah diri kepada pihak pengganas komunis. Tetapi mereka telah berjuang terus untuk mendapatkan hak yang jauh lebih mulia dari nyawa mereka, iaitu demi mengekalkan kebebasan dan menyelamatkan negara ini.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. cerita kepong mmg sedih gle….

    moga semuanya dilindungi allah s.w.t…
    amin…hadiahkan alfatihah ye…

  2. betul tu …ceta ni bkin sedih…tgk orang dulu dulu… sanggup berjuang keakhir hayat mempertahankan negara… pasal mereka lah kita dapat kecapi apa yang kita ada sekarang…. tp orang zaman sekarang….emmmmmmm….entahle…..kekadang ada betul gak kata kata ni ye tak…. kita mudah lupa… aiiikkk sudah tukar ka……he he he

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *