Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN

Hari Ini Dalam Sejarah : PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN

PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
Tarikh Peristiwa: 30-01-1960

Pada hari ini dalam tahun 1960,
Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya diseluruh negara. Pelancaran ini dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan bertujuan menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupannya sehari-hari. Ini menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai satu bangsa yang merdeka mempunyai satu bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada pelbagai keturunan. Di antara pendekatan yang dijalankan dalam minggu bahasa kebangsaan ini ialah melalui poster, iklan, filem ucapan-ucapan oleh pemimpin, pakar-pakar bahasa, peraduan yang menggalakkan penggunaan bahasa seperti syarahan, bahas melalui poster dan sebagainya. Dengan pelbagai pendekatan ini tahun-tahun 1970 dan 1980-an sebahagian besar daripada rakyat negara yang terdiri pelbagai kaum telah dapat menguasai bahasa kebangsaan.

BAHASA JIWA BANGSA

Sumber Dan Kebenaran Arkib Negara

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

3 comments

  1. semalam?
    ermm dulu nmpk ,meriah mggu bahasa kebangsaan
    tapi sekrang dah kurg….

  2. sokong…

    Jom baca dan komen post terbaru Blur Fakta Menarik Part 3

  3. yeahh..bahasa jiwa bangsa…hehe..hye bro…kalau bro free,,bro singgah la blog saya..kalau free,,baca la..tapi,,kalau baik hati,,follow la..saya baru menceburi bidang blog ni..hehe..thanx–>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *