Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : MALAYSIA MENUBUHKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI

Hari Ini Dalam Sejarah : MALAYSIA MENUBUHKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI

MALAYSIA MENUBUHKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI
Tarikh Peristiwa: 25-01-1970

Pada hari ini dalam tahun 1970, Kerajaan Malaysia dan Singapura telah membuat pengumuman bersama bahawa demi kepentingan kedua-dua buah negara, perlulah ditubuhkan dua buah syarikat penerbangan yang berasingan. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL). Tetapi nama ini telah ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Tujuan penubuhan Syarikat ini ialah untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Ini akan memberi sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan. Dalam permulaan perkhidmatannya, MAS telah mengambil alih daripada Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) 9 buah kapal terbang jenis F27 dan 3 buah jenis BN 2. Lambang yang berupa wau Kelantan yang mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini.

Rujukan Dan Penyiaran Atas Kebenaran Arkib Negara Malaysia

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. Tahniah buat MAS di atas ulangtahunnya yang ke 41 hari ni…Info menarik ni. Terima kasih berkongsi maklumat.

  2. Thanks sharing..
    MAS su ada tempah tiket coz batal nak guna air asia…

  3. oooo kalu anda tak beri taw..saya tak taw =)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *