Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : MALAYSIA MENARIK DIRI DARI KUMPULAN 8 NEGARA KOMANWEL

Hari Ini Dalam Sejarah : MALAYSIA MENARIK DIRI DARI KUMPULAN 8 NEGARA KOMANWEL

Pada hari ini 05.03.1971, Malaysia telah menarik diri dari menjadi anggota Kumpulan Badan Pengkaji 8 Negara Komanwel. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Luar Negeri sebagai bantahan terhadap pengumuman Britain hendak membekalkan helikopter jenis Wasp kepada negara Afrika Selatan tanpa menunggu laporan dari kumpulan negara yang membuat kajian. Kumpulan Badan Pengkaji tersebut dibentuk oleh negara-negara Komanwel di Singapura pada bulan Januari 1971 untuk mengkaji masalah penjualan senjata Britain kepada Afrika Selatan. Malaysia telah pun menjelaskan sikapnya bahawa sebarang keputusan Britain untuk menjual senjatanya kepada Afrika Selatan sebelum kumpulan itu selesai menjalankan tugasnya akan menjejaskan kerja-kerja kumpulan itu. Malaysia merupakan negara ketiga dari 8 buah negara anggota kumpulan yang menarik diri berikutan keputusan Britain. 2 buah negara terdahulu ialah Nigeria dan India. Dengan penarikan Malaysia dari menjadi anggota kumpulan 8 Negara Komanwel pada hari ini dalam tahun 1971 hanya tinggal lagi 5 buah negara yang mengekalkan keanggotaannya iaitu Australia, Britain, Kenya,Canada dan Jamaica.

Kebenaran dan Rujukan : Arkib Negara

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

One comment

  1. tq info…tp kenapa nk menghalang penjualan senjata tu ek….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *