Breaking News
Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Hari Ini Dalam Sejarah : KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Hari Ini Dalam Sejarah : KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

 

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

KELAHIRAN Y. T. M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. Pada hari ini dalam tahun 1903, Bapa Kemerdekaan Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj telah diputerakan di Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Merupakan putera ke-14 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke- 28.

Bondanya adalah Cik Menjalara merupakan anak kepada seorang bangsawan Siam bernama Luang Naraborirak. Tunku telah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Sekolah Debsurin, Bangkok dan kemudianya di Penang Free School, Pulau Pinang. Pada tahun 1919, Tunku telah melanjutkan pelajarannya ke England dan telah menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain. Sekembali ke Tanah Melayu Tunku telah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di Kedah.

Pada tahun 1951, Tunku telah dilantik sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menggantikan Dato` Onn Jaafar dan seterusnya telah dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955.

Sesungguhnya, YTM Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab merintis jalan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957 serta merencanakan penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963. YTM Tunku telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun dan telah dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kedah.

Tarikh Peristiwa : 08-02-1903

Kebenaran Siaran dan Sumber dari Arkib

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

2 comments

  1. suka dan kagum dengannya….
    bapa kemerdekaan

  2. waa…sama besday dgn my mum….hehee~ ;D

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *