Home » Hari Ini Dalam Sejarah » Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia. Pada hari ini dalam tahun 1922, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Y.A.B Tun Hussein Onn telah dilahirkan di Johor Bahru. Anak sulung kepada pengasas UMNO (United Malays National Organization), Dato` Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein telah memulakan pendidikan awalnya di Singapura dan Johor Bharu.

Pada tahun 1940, selepas menamatkan pelajaran di English College beliau telah berkhidmat dalam Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor sebagai Kadet dan telah dipilih untuk mengikuti latihan ketenteraan secara intensif di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1941. Sekembali ke tanah air pada 1945, beliau telah meninggalkan kariernya sebagai seorang pegawai tentera dan memilih untuk berkhidmat sebagai seorang Penjawat Awam.

Beliau merupakan salah seorang nadi penting di belakang Dato` Onn Jaafar di dalam menentang gagasan Malayan Union. Pada tahun 1951, Tun Hussein telah melanjutkan pelajarannya ke Lincoln`s Inn, England dalam bidang perundangan dan telah tauliahkan sebagai peguambela dan peguamcara pada 1962.

Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga Malaysia

Beliau telah kembali bergiat semula dalam arena politik bermula pada 1968 atas dorongan Tun Abdul Razak. Tun Hussein Onn telah dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 14 Januari 1976 dan memegang jawatan tersebut hingga 17 Julai 1981. Bapa Perpaduan Malaysia, ini telah kembali Rahmatullah pada tanggal 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun.

Sumber Dan Kebenaran Arkib

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

2 comments

  1. beliau meninggal pada tahun mJ dilahirkan….huhuhu….

  2. info sejarah yang menarik ..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *