Home » Info Sukan » Harga Tiket Stadium Bandaraya Naik Selepas 1 April

Harga Tiket Stadium Bandaraya Naik Selepas 1 April

Harga Tiket Stadium Bandaraya Naik Selepas 1 April 2015. Bagi peminat dan penyokong pasukan Pulau Pinang yang kini bermain dalam Liga Perdana ( Malaysia Premier League ) adalah dimaklumkan harga tiket perlawanan melibatkan pasukan Pulau Pinang akan dinaikan selepas perlaksanaan GST.

harga tiket selepas GST
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Harga tiket tempat duduk berbumbung dewasa akan dijual pada harga RM22 berbanding RM20, manakala bagi kanak-kanak RM11 dari RM10 sebelum ini. Bagi tempat duduk terbuka dewasa dan kanak-kanak kenaikan harga sebanyak RM1 iaitu masing-masing dari RM10 ke RM11 dan RM5 ke RM6. Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Azizudin Mohd Shariff.

Harga baharu itu akan mula berkuatkuasa pada aksi Liga Perdana Pulau Pinang menentang JDT II Jumaat 3 April 2015 ini. Menurut FAP kenaikan itu tidak dapat dielak dan FAP hanya mendapat lebihan keuntungan minimum iaitu antara 24 sen dan 54 sen bagi setiap jualan tiket.
Mereka mengharapkan agar peminat terus memberi sokongan kepada pasukan dengan sama-sama turun ke Stadium Bandaraya seperti biasa.
sumber AstroAwani

Check Also

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016

Tiket Online Final Piala Malaysia 2016. Debaran perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2016 semakin dirasai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *