Breaking News
Home » Berita » Harga Minyak Petrol Diesel Bermula 27 Julai 2017

Harga Minyak Petrol Diesel Bermula 27 Julai 2017

Harga Minyak Petrol Diesel Bermula 27 Julai 2017. Harga mingguan minyak terbaru telah pun diumumkan untuk minggu ini. Selepas mengalami beberapa siri penurunan sepanjang beberapa minggu lalu, harga terkini kembali meningkat naik.

harga minyak petrol diesel
harga minyak petrol diesel

Bermula 27 Julai 2017 sehingga 2 Ogos 2017 harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 6 sen seliter manakala diesel naik 3 sen seliter.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 6 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.03 seliter berbanding RM1.97 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.28 seliter berbanding RM2.22 sebelum ini. Harga baru diesel yang naik 3 sen menjadikan harga jualannya RM1.99 seliter berbanding RM1.96 seliter.

harga petrol diesel
harga petrol diesel

Check Also

Harga minyak petrol dan diesel

Jadual Harga Minyak Petrol Diesel Mingguan

Jadual Harga Minyak Petrol Diesel Mingguan. Bermula 30 Mac 2017 kerajaan akan menetapkan harga minyak …

One comment

  1. Naik lagi naik lagi harga petrol

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *