Breaking News
Home » Berita » Harga Minyak Petrol Diesel Februari 2017

Harga Minyak Petrol Diesel Februari 2017

Harga Minyak Petrol Diesel Februari 2017. Minyak naik , kekal atau turun adalah persoalan yang sering bermain di kepala rakyat Malaysia. Semenjak harga ditentukan menerusi apungan, memang harga minyak tidak akan tetap lagi berdasarkan harga semasa dunia.

Harga minyak petrol diesel Februari 2017
Harga minyak petrol diesel Februari 2017

Bila tiba hujung bulan pasti semua hendak tahu harga minyak petrol dan diesel. Sebab minyak adalah barang keperluan harian yang mahu tidak mahu memang diperlukan walau dengan harga mana sekalipun. Berapakah harga RON95, RON97 dan diesel pada bulan Februari 2017, adakah akan berbeza dengan harga minyak pada bulan Januari?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan sebelum diumumkan kepada pengguna.

Berikut adalah harga petro dan diesel yang ditetapkan bermula pada 1 februari 2017

Petrol RON95 = RM2.30
Petrol RON97 = RM2.60
Diesel = RM2.15

Harga petrol naik 20 sen manakala diesel 10 sen untuk bulan Februari berbanding Januari.

Check Also

harga minyak petrol diesel

Harga Minyak Petrol Diesel Bermula 27 Julai 2017

Harga Minyak Petrol Diesel Bermula 27 Julai 2017. Harga mingguan minyak terbaru telah pun diumumkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *