Home » Berita » Harga Minyak Baru Diumum 31 Disember 2014

Harga Minyak Baru Diumum 31 Disember 2014

Harga Minyak Baru Diumum 31 Disember 2014. Kerajaan akan mengumumkan harga minyak baru bagi Diesel, RON97 dan RON95 pada malam 31 Disember sejajar penurunan harga minyak global waktu ini. Perkara ini diumumkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau turut menyatakan sejajar dengan harga bahan api yang lebih rendah itu, kerajaan menyeru peniaga untuk turut serta menurunkan harga barangan dan perkhidmatan mereka.

“Sudah beberapa bulan harga minyak diturunkan dan kerajaan akan mengumumkan satu lagi penurunan harga minyak berkuat kuasa 1 Januari tahun depan namun peniaga masih liat menurunkan harga mereka.

“Maka kami akan mengambil langkah memanggil 10 pengeluar barangan harian yang mana mereka mewakili 80 peratus keperluan barangan harian di negara ini untuk berbincang dan meminta mereka menurunkan harga barangan,” – Datuk Ahmad Maslan.

harga baru minyak petrol dan diesel

 

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *