Breaking News
Home » Teknologi » Harga Lenovo Vibe X2 Dan Spesifikasi

Harga Lenovo Vibe X2 Dan Spesifikasi

Harga Lenovo Vibe X2 Dan Spesifikasi. Berbagai jenama peranti mudah alih atau smartphone kini bersaing dipasaran Malaysia. Lenovo juga antara jenama yang tidak ketinggalan dalam membawa peranti terkini mereka buat pengguna di Malaysia.

Lenovo Vibe X2 adalah peranti smartphone terkini yang akan berada dipasaran dengan harga yang mampu milik buat peminat gadjet terkini. Lenovo Vibe X2 yang mana ia hadir dengan reka bentuk agak eksklusif berbanding telefon pintar Lenovo sedia ada. Dengan rekaan berlapis senipis 7.3 milimeter yang hadir dengan empat warna pilihan, ia memperlihatkan ciri-ciri premium yang ada padanya.
lenovo vibe x2
lenovo vibe x2
Spesifikasi Lenovo vibe X2
Menawarkan pemproses Octa-Core 2.0 Ghz, keupayaan grafik Adreno 306 dan 2 GB RAM. Lenovo Vibe X2 turut menawarkan paparan berdefinisi tinggi (HD) penuh 1080p pada paparan sebesar 5.0 inci. Untuk fungsi penggambaran pula, ia menawarkan 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Lenovo Vibe X2 boleh didapati dalam warna putih, perak, emas dan merah yang hadir dengan sambungan internet 4G LTE. Ia boleh didapati dengan pakej memori terbina 32 GB tanpa sokongan memori tambahan.

Lenovo Vibe X2 boleh didapati dengan harga pasaran RM1,199.

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *