Breaking News
Home » Teknologi » Harga Lenovo S90 Sisley

Harga Lenovo S90 Sisley

Harga Lenovo S90 Sisley. Persaingan telefon pintar semakin sengit. Pengeluar smartphone telah pun memperkenalkan keluaran masing-masing dengan berbagai kelebihan dan harga yang mampu milik. Walaupun bukan semua telefon masakini berharga murah namun rata-rata harga itu masih masuk akal untuk dibeli.

Lenovo merupakan pesaing baru dalam dunia smartphone dan semakin hari semakin mendapat tempat di hati pengguna terutama di Malaysia. Dengan harga dan tawaran kualiti mereka, rasanya Lenovo antara telefon pintar yang harus dimiliki untuk harga bajet.

Lenovo s90 Sisley merupakan satu lagi versi terbaru yang diperkenalkan oleh lenovo di Malaysia. Lenovo S90 Sisley menawarkan reka bentuk yang menarik dengan kerangka luar seolah-olah disaluti dengan aluminium seperti yng terdapat pada Apple iPhone 6. Ia hadir dengan pilihan warna yang lebih banyak dan menarik termasuk warna perak, kelabu, merah jambu, oren lambut dan biru. Untuk saiz dan berat pula Sisley membawakan ketebalan hanya 6.9 mm dan berat 129g. Menarik bukan?

Berapakah harga Lenovo s90 Sisley ini? Anggaran harga bagi pasaran Malaysia adalah sekitar RM799 lebih atau kurang. Rasanya harga sebegini sangat berbaloi untuk satu handphone yang mempunyai ciri-ciri terkini. Hadir dengan skrin Super AMOLED yang sebesar 5.0 inci. Selain itu, S90 turut hadir dengan resolusi HD 720 dengan ketumpatan pixel 294 PPI yang sangat sesuai untuk tontonan movie dengan resolusi HD.

Lenovo S90 Sisley dimuatkan dengan platform Android 4.4.4 Kitkat dan bakal hadir juga dengan versi Android 5.0 Lollipop tidak lama lagi.

lenovo s90 sisley
lenovo s90 sisley

Spesifikasi Lenovo S90 Sisley

Platform Android 4.4.4 (KitKat)
Processor Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
Cipset Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410
GPU Adreno 306

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama Teknik Padu Sdn Bhd. SembangChat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *