Home » Berita » Harapan Pada Bajet 2015

Harapan Pada Bajet 2015

Menjelang Pembentangan Bajet 2015, Cadangan dan Harapan  – Bajet 2015 bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober 2014 di Parlimen. Berbagai harapan diluahkan oleh pihak-pihak yang berkaitan agar bajet 2015 kali ini mampu memberi sesuatu yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. 

Disini ingin saya memetik beberapa pandangan dan harapan beberapa pihak terhadap pembentangan bajet 2015 nanti. Sementara kita menunggu harinya dan pastinya semua saluran televisyen akan menyiarkan siaran langsung pembentangan ini dari parlimen, apa kata kita tengok apa harapan mereka pada bajet 2015. 

Berikutkan kenaikan harga petrol dan diesel baru baru ini , mungkin akan ada yang menerima kesan langsung dan tidak langsung. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berharap kerajaan memberi lebih banyak insentif dan kemudahan kepada belia dalam Bajet 2015 bagi menangani bebanan kenaikan kos sara hidup. MAYC mencadangkan beberapa bentuk bantuan utama yang sangat diperlukan belia iaitu elaun RM500 selama enam bulan kepada mereka yang layak selepas menamatkan pengajian serta belum mendapat pekerjaan. 
Pembentangan bajet 2015

Selain itu , ada juga yang berharap berharap bajet 2015 akan merangkumi pembangunan yang menyeluruh bagi melahirkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dinamik, berdaya saing dan berdaya tahan setanding dengan syarikat besar ke arah meningkatkan sumbangan PKS terhadap ekonomi negara. Kerajaan seharusnya menyediakan intensif untuk mengalakkan pertumbuhan usahawan PKS.


Industri automotif juga harus diberikan perhatian dengan lebih banyak insentif bagi industri automotif khususnya bagi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Perkara ini  perlu diperincikan dalam Belanjawan 2015 bagi memudahkan industri itu berkembang lebih pesat.

Banyak lagi yang disuarakan agar dipertimbangkan dalam bajet 2015. Apa yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian dari apa yang telah disuarakan. Pendidikan , sumber tenaga , kebajikan , kesihatan , keselamatan , sukan , pembangunan modal insan , ekonomi dan sara hidup rakyat serta lain-lain yang berkaitan yang memberi manfaat kepada rakyat harus diutamakan. 

Rakyat juga telah diberikan peluang untuk menyampaikan harapan dan cadangan mereka sebelum ini melalui laman web micro bajet 2015. Semoga semua cadangan dapat dirangkumkan menjadi sesuatu yang mampu mengubat resah rakyat terutama berkaitan dengan sara hidup dan segala intensif sampai kepada kumpulan sasar.

Mungkin apa yang kita impikan dan harapkan dalam bajet 2015 tidak mungkin dapat dipenuhi semuanya. Namun nilai tambah kepada apa yang ada sebelum ini dan perlaksaan intensif yang baharu mampu memuaskan hati semua pihak. Semoga pembentangan bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 akan menjadi titik tolak kepada pembangunan negara yang lebih seimbang demi kepentingan rakyat Malaysia. Insyaallah.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *