Breaking News
Home » Berita » Haram Guna Sabun Susu Ibu

Haram Guna Sabun Susu Ibu

Sabun Susu Ibu Haram – JAKIM mengharaman penggunaan sabun dari susu ibu. Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat panel pakar syariah JAKIM menurut seperti yang dilaporkan dalam BH Online. Keputusan itu dibuat berdasarkan kaedah fekah yang bermaksud, sesuatu yang diharamkan untuk digunakan, ia juga haram untuk diambil dan diproses sebagai sabun.

Isu ini mula timbul apabila ada usahawan wanita di China cuba mengubah fungsi susu ibu dengan menjualnya dalam bentuk produk kecantikan walaupun sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong tahap keselamatan atau keberkesanan susu ibu dalam produk kosmetik. 

Produk kosmetik dan kecantikan ini laris di laman beli-belah dalam talian ‘Taobao’ dan didakwa mampu menjadikan kulit lelaki dewasa lebih putih, sihat, licin dan cantik. 

“Sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong tahap keselamatan atau keberkesanan susu ibu dalam produk kosmetik. Kedudukan manusia tinggi di sisi Allah berbanding makhluk lain, jadi semua anggota atau apa saja berasal daripada tubuh manusia perlu dihormati dan dimuliakan, tak boleh dimanfaatkan sewenang-wenangnya kecuali terdesak. Keadaan terdesak apabila ada kemudaratan yang boleh memusnahkan lima perkara dipelihara syariat, iaitu agama, akal, tubuh, maruah dan harga serta apabila tiada bahan lain yang diharuskan oleh syarak bagi menghilangkan kemudaratan berkenaan. Jadi, dilarang penggunaan susu ibu untuk kosmetik atau kegunaan luaran manusia.  Ia demi memuliakan kedudukan manusia sendiri. Bahkan, masih banyak bahan utama lain boleh menggantikan fungsi susu isu dalam penghasilan sabun,”  – Datuk Othman Mustapha , Ketua Pengarah JAKIM

Seperti yang dipetik melalui BH Online

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *