Breaking News
Home » Info Hiburan » Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi. Sebut hantu semua akan cuak punya. Apa lagi jika hantu bungkus yang lompat-lompat seperti yang biasa kita tengok dalam cerita seram melayu. Apa lagi jika hantu bungkus ikat tepi. Lain macam pula fesyen hantu zaman sekarang.

Biasanya macam-macam cerita berkaitan hantu ini. Ada juga berbagai teori yang menjelaskan asal usul hantu. Bagaimana pula dengan hantu bungkus yang ikat tepi? Bila terjadinya satu kematian misteri, mesti ramai yang pernah dengar tentang roh kembali mencari seseorang yang pernah berbuat jahat kepadanya atau pun seseorang yang mampu memberikan pertolongan kepadanya. Biasanya roh yang telah dianiya sehingga menyebabkan kematian, orang yang berbuat demikian tu mesti takkan tenteram.

Jangan risau, andai tidak akan diganggu oleh hantu bungkus atau apa saja jenis hantu yang kita tak pasti wujudnya. Tapi yang akan diganggu adalah kemampuan anda menahan ketawa kerana MIG akan kembali dengan filem terbaru bergenre komedi seram, berjudul Hantu Bungkus Ikat Tepi yang bakal menampilkan Hashim Rejab sebagai pengarah dan akan menampilkan kumpulan Jambu iaitu Tauke dan Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

filem hantu bungkus ikat tepi
filem hantu bungkus ikat tepi

SINOPSIS HANTU BUNGKUS IKAT TEPI
Filem ini mengisahkan tentang tiga rakan baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang penakut. Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu. Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fadli dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.

Untuk lebih merasai kehadiran hantu bungkus ikat tepi ini, jom layan trailer filem ini. Tunggu sahaja kehadirannya di pawagam.

sumber metrowealthpictures

Check Also

Sinopsis drama dia

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah

Sinopsis Drama Dia Di TV3 Lakonan Janna Nick dan Irwansyah. Peminat drama pastikan tidak ketinggalan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *