Home » Santai » Hantar SMS Talak 3 Pada Diri Sendiri | Dah Hilang Akal ?

Hantar SMS Talak 3 Pada Diri Sendiri | Dah Hilang Akal ?

Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin. – Petikan dari Harian Metro 29-08-2011
Inilah satu lagi cebisan kisah kehidupan manusia yang aku rasa semakin hilang akal.Sms diri sendiri dengan talak 3 itu bukan isu yang aku maksudkan dengan semakin hilang akal tu kerana itu hanya helahnya untuk terus boleh melakukan kerja aib itu.Tapi bersekedudukan pada bulan ramadan tu yang membuatkan aku termenung sejenak dan berdetik hati “lupakah engkau dengan mati dan siksa Allah?”.Apa yang lagi membuat aku bengang adalah dengan status isteri orangnya.Adeh..kalau tak puas pun jangan ler nak makan luar.Nak aku label gila seks tak sampai hati lak..huhu.
Jadikan beberapa kisah yang yang mengaibkan ini sebagai sempadan.Muhasabah diri kita,kerana kita juga tidak sempurna dan sering melakukan dosa sama ada dalam sedar atau tidak sedar.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

6 comments

  1. mmg dh pendek akal ni bro !

  2. memang dah takde keje la tu,
    desperate sangat nak kena cerai

  3. dah masak dah stuasi sebegi kiz..ntah lah apo dah jd dunia skg ni…

  4. mintak dijauhkahn benda macam ni berlaku pada diri kita, keluarga dan rakan rakan.~

  5. malu sebab perangai perempuan sekarang makin teruk..

  6. nilah manusia..macam2 ragam.. haish!

    selamat hari raya! maaf zahir dan batin! 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *