Home » Info Hiburan » Hanis Zalikha Tidak Kisah Kritikan

Hanis Zalikha Tidak Kisah Kritikan

Hanis Zalikha Tidak Kisah Kritikan banyak pihak berikutkan lamaran secara langsung oleh pelakon Hairul Azreen pada malam Gegar Vaganza akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menerima kritikan pedas daripada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan idea Hairul untuk melamar Hanis di pentas akhir Gegar Vaganza. Namun bagi Hanis, dia menerimanya kerana memang tidak boleh untuk memuaskan hati setiap orang dalam satu masa.

lamaran Hairul kepada Hanis

“Apa yang saya tahu, Hairul sudah lama merancang untuk melamar saya, tapi bukanlah dilakukan di atas pentas apatah lagi secara langsung. Cuma ia dilakukan atas permintaan Astro. Bagi saya keberanian Hairul melamar saya di depan orang ramai dan niat yang cuba disampaikan kepada saya, saya rasai dan ia sampai kepada saya. Ia adalah salah satu bukti Hairul serius dengan saya dan saya rasa tak ramai lelaki yang boleh buat apa yang Hairul buat. Tapi kalau ada yang tidak suka atau kritik, saya tak boleh nak buat apa-apa. Mereka juga apa pendapat mereka yang tersendiri,” – Hanis Zalikha

 

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *