Home » Info Hiburan » Hanis Zalaikha Dan Hairul Nikah 5 Jun 2015

Hanis Zalaikha Dan Hairul Nikah 5 Jun 2015

Hanis Zalaikha Dan Hairul Nikah 5 Jun 2015. Kedua-dua pasangan selebriti ini baru saja selesai bertunang semalam di rumah keluarga Hanis. Menurut laporan, mereka bakal bernikah pada 5 Jun 2015. Tahniah dari MySensasi.

Sebelum ini Hanis dan Hairul Azreen mengejutkan industri seni selepas Hairul melamar Hanis secara langsung pada 4 Januari lalu menerusi siaran langsung pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen penyiaran Astro.

Berbalik kepada majlis pernikahan mereka pada 5 Jun, lokasi masih belum ditentukan antara rumah keluarga atau di masjid. Namun majlis resepsi akan diadakan pada 14 jun 2015 di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan akan menggunakan khidmat Qarmasutra Design Studio bertindak sebagai perunding.

gambar hanis Zalikha

Dibawah adalah antara petikan kata-kata Hanis setelah selesai majlis pertunangan mereka.

“Saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Lega bila keluarga dapat berbincang bertentang mata dan kenal-mengenali sebelum anak mereka bernikah. Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang,” – Hanis Zalaikha

Check Also

mia ahmad izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *