Breaking News
Home » Petua Dan Tips » Halau Nyamuk Secara Semulajadi

Halau Nyamuk Secara Semulajadi

Halau Nyamuk Secara Semulajadi. Nyamuk memang merimaskan terutama ketika tidur malam. Banyak sahaja cara yang boleh kita guna untuk menghalau nyamuk dengan cara moden. Namun tahukah anda ada beberapa petua dan tips yang perlu anda tahu untuk menghalau nyamuk secara semulajadi.

Nyamuk banyak mendatangkan masalah terutama penyakit jangkitan seperti denggi, Zika dan berbagai lagi. Dibawah adalah antara cara yang rasanya sangat mudah dicuba.

Cara Halau Nyamuk
Cara Halau Nyamuk

Bawang Putih
Kenapa bawang putih? Ini adalah kerana ia mengandungi antioksida, bawang putih juga memilki bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Anda boleh mengunyah bawang putih mentah dan sekejap saja anda akan merasakan nyamuk menjauhi anda.

Haruman Lavender
Bau lavender terbukti boleh menghalau nyamuk dan lavender sering digunakan di dalam bahan ubat anti nyamuk. Anda boleh membakar aromaterapi lavender jika anda tidak memiliki tanaman lavender di rumah.

Lada hitam
Ekstrak lada hitam boleh digunakan sebagai salah satu tambahan di dalam ubat anti nyamuk untuk mengusir nyamuk. Bau lada hitam cukup pedas dan menyengat membuatkan nyamuk lari. Tidak percaya boleh cuba.

Bunga Teratai
Jika anda menanam bunga teratai pada kolam, anda berjaya mencegah nyamuk serta larvanya untuk berkembang. Teratai dipercayai sebagai penghalau nyamuk semulajadi yang sangat efektif.

Selamat mencuba.

Check Also

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017

Keputusan Liga Perdana 24 Mei 2017. Lima perlawanan Liga Perdana Malaysia berlangsung untuk hari ini …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *