Home » Info Sukan » Gol Fernando Torres Singkir Real Madrid

Gol Fernando Torres Singkir Real Madrid

Gol Fernando Torres Singkir Real Madrid. Fernando Torres seakan sudah kembali menemui sentuhannya semenjak kembali ke Atletico Madrid. Fernando Torres menyumbat gol pertamanya untuk Atletico Madrid bagi membantu juara La Liga Sepanyol itu mengetepikan penyandang juara Copa del Ray, Real Madrid di Santiago Bernabeu pada aksi kedua timbal balik.

fernando torres
fernando torres

Dalam pertemuan Atletico madrid vs Real Madrid, Torres menyumbat gol pertama perlawanan seawal minit pertama setelah mendapat hantaran Antoine Griezmann. Sebelum Real Madrid kembali menyamakan kedudukan melalui jaringan Sergio Ramos pada minit ke 20.

Fernando Torres sekali lagi membuktikan sentuhan penyudahnya apabila menyumbat gol kedua pada minit 46. Dengan kemenangan ke atas Real Madrid ini ( aggregat 4-2 ) , Atletico Madrid akan berdepan Barcelona pada saingan sukuakhir Copa del Ray.

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *