Breaking News
Home » Info Hiburan » Giliran Persembahan AJL 29 18 Januari 2015

Giliran Persembahan AJL 29 18 Januari 2015

Giliran Persembahan AJL 29 18 Januari 2015. Malam kemuncak program paling lama di Malaysia yang masih bertahan , Anugerah Juara Lagu 29 atau AJL 29 akan berlangsung hari ini 18 Januari 2015. 12 lagu terbaik bakal berentap dan lagu manakah yang akan menjadi juara lagu.

Bertemakan Gema Dalam Muzik, Stadium Putra, Bukit Jalil menyaksikan pentas AJL29 kembali kepada asas dan inti pati sesebuah karya muzik yang mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil itu mencetuskan gema yang bakal menyemarakkan lagi AJL29.

Nampaknya pada AJL 29 ini , menampakan persaingan dua genre iaitu pop dan Hip Hop. Mampukah irama balada pop terus bertahan sebagai juara lagu atau akan ada kejutan dari genre Hip Hop sebagau juara lagu pula.

Dari segi kekuatan lagu dari genre balada pop, lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Amran mempunyai kekuatan tersendiri dan ramai menjangkakan lagu ini bakal menjadi juara apa lagi dengan bantuan kekuatan vokal dari penyanyinya Dayang Nurfaizah.

Dari genre hip hop, lagu Apa Khabar adalah pertaruhan terkuat dan terbaik untuk mencabar lagu-lagu pop. Lagu ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow mempunyai kekuatan tersendiri dari segi lirik dan susunan muzik.

Live Streaming AJL 29
AJL 29

Giliran Persembahan AJL 29 18 Januari 2015

* Malaikat (Omar K/Mike Chan/Hazama The Penglipurlara)

* Percayalah (Aiman/Mohd Atlas/Indah Ruhaila)

* Sesal Separuh Nyawa (Alfie Alwi&Aidil/Shah Shamshiri&Alyah/Alyah)

* Gadis Jelebu (DJ Fuzz/ Waris/Datuk Hattan

* Romancinta (Edry Abd Halim/ Edry Abdul Halim/Mojo)

* Rentak Lagu (Sam Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface&Amy Search)

* Matahari (Ajai/Transformer Melayu/Hafiz Suip).

* Gilalah (Omar K/ Mike Chan/Stacy)

* Di Pintu Syurga (Tam/Iman Imran/Dayang Nurfaizah)

* Apa Khabar (SonaOne&Joe Flizzow/Joe Flizzow/SonaOne&Joe Flizzow)

* Lelaki (Yuna/AG Koko/Najwa Mahiaddin bersama The Palauans)

* Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Pilihan MySensasi : Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah

Check Also

Keputusan Anugerah Juara Lagu 30

Keputusan AJL Anugerah Juara Lagu 30

Malam ini 24.1.2-016 pasti ramai yang tertumpu kepada AJL 30 atau anugerah Juara Lagu ke …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *