Breaking News
Home » Santai » Gilalah Sound Trouble

Gilalah Sound Trouble

Gilalah Sound Trouble. Tengah aku leka layan skodeng blogger rakan-rakan tadi .. satu suara yang biasa aku dengar mengeluarkan perintah… “bang nanti tolong tengokkan cerek tu.. tengah jerang air tu. Nak pergi pasar malam jap cari kuih” tu dia mem besar aku dah bagi arahan. Dengan anak-anak sekali dia angkut pergi pasar malam. Sunyi sekejap. Leka aku melayari dunia maya..

Selang tak sampai sepuluh minit … ada bunyi macam bunyi air horn yang kat stadium tu masa tengok bola..sayup je bunyi dia..dalam hati aku agaknya bunyi air horn atau vuvuzela bebudak depan tu agaknya..sebab cucu jiran aku tu hari ni semua pakai jersi,lagi pun mereka baru sampai dari KL hari ni. Sah ler dia orang yang main benda tu. Lantak lah bukan kuat pun jauh,tak ganggu..terus layan blog rakan-rakan. Tapi aku fikir balik .. aik panjangnya nafas dia..dah lebih 5 minit tak berhenti pun bunyi tu..haha..gila betul arr..abaikan je lah..

Tetiba aku terdengar suara anak aku dah balik dari pasar malam..arghhhhh..alamak..cerek jerang air yang berbunyi..ingatkan air horn.ceh..berlari kedapur dengan sepantas kilat supaya aku tak kantoi dengan mem besar..kalau tak sah kena bebel..bila dia sampai muka pintu je..
bang air tu dah betul-betul masak ke ?” terus tanya pasal air yang dia jerang..aku diam je sambil cover yang aku dah biarkan air tu hampir kering sebab ingatkan bunyi air horn bebudak main..macam hampeh. Sambil layan apam balik yang orang rumah aku beli sambil update entri ni..layan..

Moral Ini cerita : kenali bunyi sekeliling anda agar anda tidak menjadi Tipah yang tertipu..

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

3 comments

  1. hahaha..nasib baik tak hangus cerek tu..hmmm..biasa berlaku kat rumah saya..jerang air pastu duk dalam bilik..nasib tak terbakar dapur!

  2. ahahahahahah kan dh kantoi.tu lah khusyuk ag online.

  3. org lelaki mmg mcm tu…heee

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *