Home » Berita » Gempa Bumi Ranau Sabah

Gempa Bumi Ranau Sabah

Gambar Gempa Bumi Ranau Sabah. Hari ini 5 Jun 2015 satu gegaran sekuat 6.0 richter mengegar kawasan Ranau. Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 7.15 pagi dimana gegaran berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur iaitu kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau.

gambar gempa bumi Ranau Sabah
Gambar kerosakan akibat gempa di Ranau – BH Online

Gegaran gempa bumi ini dapat dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud dengan gegaran direkod pada kedalaman 54 km pada dasar bumi.

Menurut Jabatan Meteorologi Sabah, Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan dikatakan mengalami kerosakan berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa bumi. Beberapa premis perniagaan termasuk bank dan pejabat kerajaan mengalami keretakan serta cermin pecah berikutan gegaran kuat berkenaan sekitar Ranau.

Lokasi Pusat Gempa Bumi
Lokasi Pusat Gempa Bumi Ranau

sumber BH Online

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *