Home » Info Hiburan » Gegar Vaganza Astro Ria

Gegar Vaganza Astro Ria

Gegar Vaganza Astro Ria satu lagi rancangan berbentuk rialiti TV yang bakal menghimpunkan 12 penyanyi senior. Program Gegar Vaganza ini dijangka mampu mengangkat kembali nama mereka dalam arena seni Malaysia seperti zaman kegemilangan mereka.
Gegar Vaganza akan bersiaran bermula 16 November ini setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan naib  juara akan menerima RM30,000. Tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak  RM15,000 dan RM5,000.
Seramai 12 penyanyi menyertai Gegar Vaganza iaitu Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Shima, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla. Program ini bakal diadili oleh juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selain tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob dan Nash (Lefthanded).
Rancangan ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Gegar Vaganza Astro Ria
Gambar Artis Gegar Vaganza
UPDATE : TONTON ONLINE GEGAR VAGANZA MINGGU PERTAMA
sumber mstar

Check Also

Keputusan ABPBH 30

Keputusan ABPBH 30 Anugerah Bintang Popular

Hari ini bersiaran secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian di TV3. Beberapa anugerah utama …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *