Breaking News
Home » Info Sukan » Gary Steven Robbat Digantung Dan Denda

Gary Steven Robbat Digantung Dan Denda

Gary Steven Robbat digantung dan denda apabila Jawatankuasa Status Pemain FAM menjatuhkan hukuman denda RM 50 ribu dan pengantungan dari menyertai sebarang kejohanan bolasepak. Gary dijatuhkan hukuman berdasarkan Artikel 17, Status dan Pemindahan serta merta  selepas menimbulkan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu JDT yang dianggap menyumbangkan ke arah pelanggaran kontrak dan peraturan didenda RM 100 ribu manakala Pahang diberi amaran keras.

Gary steven robbat
Gary Steven Robbat digantung dan denda

Untuk musim ini, Gary Steven Robbat bakal terlepas beraksi dengan mana-mana pasukan untuk saingan Liga Malaysia 2015 dan hanya boleh menandatangi sebarang kontrak selepas pengantungan 3 bulan tamat. Manakala kontrak yang ditandatangani bersama Pahang pada 14 November 2014 dan dengan JDT pada 21 November 2014 adalah tidak sah kerana Gary hanya dibebaskan oleh FAM pada 1 Disember 2014.

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *