Breaking News
Home » Info Sukan » Gary Steven Robbat Berlatih Bersama Borussia Dortmund

Gary Steven Robbat Berlatih Bersama Borussia Dortmund

Gary Steven Robbat Berlatih Bersama Borussia Dortmund. Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, pemain yang sedang menjalani pengantungan dari sebarang aktiviti bolasepak dibawah FAM, bakal menjalani latihan bersama kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund.

Gary Steven Robbat
Gary Steven Robbat yang sedang menjalani pengantungan 3 bulan bakal berlatih bersama Borussia Dortmund

Menurut laman itu, Gary Steven Robbat yang sedang menjalani proses pengantungan tiga bulan akan berada di sana sepanjang tempoh pengantungan. Usaha sama yang terjalin di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Dortmund membolehkan dia dihantar ke Jerman untuk menjalani latihan.

“Kerjaya bola sepak Gary adalah untuk menyara keluarganya tetapi diharamkan daripada menyertai latihan… Ini melanggar hak asasi seseorang pemain dan memungkinkan kerjayanya akan berakhir,” – TMJ

Gary steven robbat berlatih bersama Borussia Dortmund
Status Facebook dari Johor Southern Tigers berkaitan Gary steven robbat berlatih bersama Borussia Dortmund

Gambar hakmilik Johor Southern Tigers. Peminat dan penyokong JDT bolehlah mendapatkan perkembangan terkini pasukan JDT melalui laman Facebook mereka.

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *