Breaking News
Home » Info Sukan » Gary Steven Robbat Bebas Penggantungan

Gary Steven Robbat Bebas Penggantungan

Gary Steven Robbat Bebas Penggantungan. Pemain yang pernah mencetus kontroversi akibat pertindihan kontrak sehingga membawa kepada penggantungan dan denda kini bebas beraksi dengan mana-mana pasukan. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima rayuan Gary sekaligus menyaksikan penggantungannya disingkatkan serta jumlah denda dikurangkan.

Gary steven robbat
Gary Steven Robbat

Tempoh penggantungan Gary yang dijadualkan tamat pada 16 April disingkatkan kepada 2 April 2015 serta jumlah denda dikurangkan kepada RM20 ribu sahaja dari jumlah asal RM50 ribu. Kini dia bebas beraksi dengan mana-mana pasukan, namun apa yang pasti Gary dijangka akan bersama JDT.

Gary yang dihukum oleh FAM sebelum ini atas kesalahan isu kontrak bersama dua pasukan iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) sehingga digantung 3 bulan dan denda RM50 ribu.

Selain hukuman Gary Steven Robbat , jawatankuasa rayuan juga membuat keputusan mengurangkan jumlah denda Persatuan Bolasepak Johor yang juga berkaitan dengan kes Gary dari RM100 ribu kepada RM50 ribu sahaja. PBNJ didapati bersalah atas tindakan medorong secara aktif ke arah pelanggaran Peraturan dan Undang-Undang.

Untuk info , sepanjang tempoh penggantungan Gary Steven Robbat dihantar oleh PBNJ berlatih bersama pasukan Borussia Dortmund  di Jerman.

 

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *