Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi

Gambar Majlis Pernikahan Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi. Tahniah buat kedua pasangan yang telah selamat diijabkabulkan pagi ini 13 januari 2017. Majlis berlangsung di rumah pengantin perempuan di Perak dihadiri  200 orang yang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Mia Ahmad merupakan pelakon yang popular menerusi drama melayu antaranya Hati Perempuan memilih pasangannya Izham Tarmizi yang merupakan penjaga gol pasukan bolasepak JDT.

Dibawah adalah beberapa gambar majlis pernikahan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi untuk tatapan anda.

Semoga kedua pasangan bahagia melayari hidup sebagai pasangan suami isteri. Harap selepas ini Mia Ahmad terus berjaya dalam dunia lakonan manakala Izham Tarmizi cemerlang dalam karier bolasepak bersama JDT. Tahniah atas majlis pernikahan ini buat Mia Ahmad dan Izham Tarmizi.