Breaking News
Home » Info Sukan » Gambar Majlis Pernikahan Mahali Jasuli

Gambar Majlis Pernikahan Mahali Jasuli

Gambar Majlis Pernikahan Mahali Jasuli. Pasti ramai yang mengenali pemain kebangsaan dan JDT ini. Beliau telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 2 Ogos 2015 dengan wanita pilihannya Haliesah Binti Rusman. Pengumuman majlis perkahwinan Mahali Jasuli ini telah dibuat menerusi laman facebook Johor Southern Tiger dengan beberapa keping gambar majlis.

Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada pemain pasukan Johor Darul Ta’zim, Mahali Bin Jasuli dan pasangannya Haliesah Binti Rusman. Semoga ikatan perkahwinan yang telah termeterai ini pada 2hb Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436H diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang usia. Ucapan ikhlas daripada semua para pemain pasukan JDT, pihak pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan Southern Tigers serta seluruh penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

majlis akad nikah mahali jasuli
majlis akad nikah mahali jasuli
isteri Mahali Jasuli
isteri Mahali Jasuli

Tahniah dari kami buat Mahali dan pasangan , semoga ikatan yang terbina akan berkekalan dan selamat maju jaya dalam karier bolasepak.

Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *