Breaking News
Home » Uncategorized » Gambar Majlis Pernikahan Dira Abu Zahar Dan Helmi Yusof

Gambar Majlis Pernikahan Dira Abu Zahar Dan Helmi Yusof

Pelakon dan pengacara melodi Dira Abu Zahar selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Helmi Yusof kira-kira jam 4.15 petang tadi.Dira memilih tarikh 11.11.11 sebagai hari pernikahannya.Majlis pernikahan ini dilangsungkan di kediaman keluarga Dira di Merlimau, Melaka.


Dira menerima sembilan dulang hantaran berupa mas kahwin berjumlah RM 7777 serta cincin, wang hantaran RM 17171.71, iPad 2, helmet X-Lite, wangian Lacoste, telekung dan baju persalinan,  sireh junjung, kek serta coklat Patchi.Manakala Helmi menerima sebelas dulang hantaran dari pihak perempuan berupa jam tangan Tag Heuer, MacBook Air, kasut Hugo Boss, baju Armani, wangian, sireh junjung, al-Quran serta sejadah, kek, coklat, helmet X-Lite dan kurma.


Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malamnya, manakala resepsi lelaki akan diadakan di Lanai@Matic, Jalan Ampang pada 13 November ini. 


Kredit To Gua

Check Also

Piala Dunia 2018

Senarai Penuh 32 Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2018

Setelah melalui pusingan kelayakan dan playoff, 32 pasukan telah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *