Breaking News
Home » Teknologi » Gadget | HTC EVO 3D ..Telefon Pintar 3 Dimensi

Gadget | HTC EVO 3D ..Telefon Pintar 3 Dimensi

Smartphone HTC | Telefon Pintar | Gadget Terkini Dipasaran | Dunia Gadget – HTC EVO 3D dipacu oleh sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dengan pemproses berkembar 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon.

Kameranya pula terbina bersama sokongan resolusi lima megapiksel dan lampu flash LED berkembar berserta pemfokusan automatik.

Kelebihan tersebut bukan sahaja membolehkannya merakam foto berkualiti tinggi tetapi juga imej dan video berformat 3D. Telefon pintar HTC EVO 3D masih juga dibekalkan dengan mode imej dan video 2D sebagai dwi pilihan.

HTC EVO 3D mempunyai skrin QHD bersaiz 4.3 inci dan tak memerlukan kanta khas untuk melihat kesan 3D. Jadi pengguna boleh melihat terus dari skrin telefon pintar HTC EVO 3D.HTC EVO 3D kini boleh diperolehi daripada pengedar-pengedar HTC yang sah dengan tawaran harga RM2,199.

Sisipan Bawah : rasa-rasa berbaloi tak?

Check Also

sembangchat

Aplikasi SembangChat

Aplikasi SembangChat adalah aplikasi bual pertama yang dibangunkan di Malaysia hasil kerjasama¬†Teknik Padu Sdn Bhd.¬†SembangChat …

One comment

  1. umangaiii..duo ghibu..mano nak dicokauan tu… kih kih kih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *