Home » Uncategorized » Gaddafi Akan Dikebumi Hari Ini

Gaddafi Akan Dikebumi Hari Ini

Akhirnya jenazah Allahyarham Muammar Gaddafi akan dikebumikan dengan sempurna hari ini.Menurut sumber Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) jenazah Muammar Gaddafi akan dikebumikan di satu lokasi rahsia di padang pasir Libya.Turut akan dikebumikan pada majlis itu adalah anaknya yang turut terkorban Mo’tassim.

Khabarnya upacara ringkas itu cuma akan dihadiri oleh para ulama dan diadakan di padang pasir yang terbuka.Tapi kenapa harus rahsia? Kenapa di tengah padang pasir ? Apakah agenda tersembunyi? Adakah benar-benar Gaddafi akan dikebumikan? Cuma NTC yang boleh menjawab kerana mereka yang bertanggung jawab ke atas Libya sekarang.

Apa pun semoga segala urusan mengikut cara islam sepenuhnya.Walau apa pun tanggapan orang semasa hayatnya,jenazah seorang islam harus disempurnakan dengan sebaiknya.Baik,buruk itu Allah yang tentukan.Kita sebagai manusia hanya perlu menguruskan fardhu kifayah ini. – Al-Fatihah –


Sisipan BawahAllah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa: 148) 

Check Also

keputusan Piala Malaysia suku akhir kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua

Keputusan Piala Malaysia 2017 Suku Akhir Kedua. Debaran pasti dirasai oleh lapan pasukan yang terbabit …

2 comments

  1. alhamdulillah settel juga untuk kebumikan dia..dorang sembunyikan untuk dielak arwah dipuja..

    al-fatihah..semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atasnya dan anaknya

  2. Ahkirnya…semga rohnya dicucuri rahmat ! al-fatihah…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *