Breaking News
Home » Info Sukan » Malaysia Belasah Indonesia Futsal Sukan SEA 2017

Malaysia Belasah Indonesia Futsal Sukan SEA 2017

Futsal Sukan SEA 2017. Selain acara bolasepak, acara futsal turut menjadi tumpuan dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Dalam edisi kali ini hanya 5 pasukan menyertai dengan penentuan pingat berdasarkan kedudukan liga selepas tamat empat perlawanan.

keputusan futsal sukan sea 2017
Aksi futsal lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Kompleks Sukan Panasonic, Malaysia menentang Indonesia. ( Foto Eizairi Shamsudin / BH Online )

Setelah menewaskan Myanmar pada perlawanan pertama dan seri ketika menentang Vietnam dalam aksi kedua, pasukan futsal Sukan Sea 2017 Malaysia bangkit pada perlawanan ketiga apabila menewaskan Indonesia 5-0.

Dengan kemenangan keatas Indonesia yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic itu, pasukan kendalian Chiew Chun Yong berpeluang memburu pingat emas andai berjaya menewaskan pasukan Thailand dalam perlawanan terakhir pada 27 ogos ini.

Pada aksi pertemuan menentang Indonesia, pasukan futsal lelaki Malaysia mendominasi perlawanan dengan jaringan pertama dijaringkan pada minit ke 12 menerusi Mohd Ridzwan Bakri. Gol kedua terhasil menerusi Mohd Ridzwan selepas merembat masuk bola hantaran Khairul Effendy Bahrin.

Malaysia menambah derita Indonesia apabila Azri Rahman meledak gol ketiga pada minit ke-31 disusuli dengan jaringan keempat yang disumbangkan Awalluddin Mat Nawi seminit kemudian. Gol kelima hadir 3 minit sebelum perlawanan tamat sekali lagi menerusi Kharul Effendy.

Harapan pingat emas kini bergantung kepada perlawanan terakhir menentang Thailand pada hari jumaat ini 25 Ogos 2017.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Thailand

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017

Live Streaming Malaysia vs Thailand 29.8.2017. Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh penyokong bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *