Home » Info Sukan » Frenz International Cup 2015 FIC

Frenz International Cup 2015 FIC

Frenz International Cup FIC 2015 atau Piala Antarabangsa Frenz yang akan melibatkan pasukan bolasepak bawah 18 tahun akan memulakan saingan dari 3 Januari sehingga 14 Januari 2015. Dua venue akan digunakan untuk pusingan awal iaitu di Palembang Indonesia dan Kuala Lumpur , Malaysia.

Sebanyak 16 pasukan akan terlibat iaitu Frenz Malaysia , Frenz Indonesia , Liverpool, Guangzhou Evergrande, Feyenoord, Chonburi, S.C.Internacional, Kashima Antlers, Valencia, PVF FA Vietnam, Basiktas J.K, Gamba Osaka, FC Porto, Tottenham Hotspurs, AIFF India dan Estudiantes.

Semua pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan kumpulan A dan B akan bermain di Stadium Bumi Sriwijaya , Palembang manakala kumpulan C dan D akan bersaing di Stadium Shah Alam dan Kompleks Sukan Maybank, Bangi. 

Frenz International Cup 2015 FIC

Pembahagian kumpulan saingan Frenz International Cup 2015 FIC 

Kumpulan A
Frenz United Indonesia
Liverpool
Guangzhou
Evergrande dan Feyenoord

Kumpulan B
SC International
Chonburi
Kashima Antlers
Valencia 

Kumpulan C
PVF Vietnam
Besiktas JK
Gamba Osaka
FC Porto

Kumpulan D
Frenz United Malaysia
Tottenham Hotspurs
Estudiantes
AIFF India

Juara bagi FIC akan membawa pulang wang berjumlah AS$50,000 (RM175,000), naib juara berjumlah AS$25,000 (RM88,000), tempat ketiga AS$15,000 (RM53,000) dan keempat AS$10,000 (RM35,000).

 

 

 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *