Home » Info Sukan » Formula One Grand Prix Malaysia 2015 Mula Awal

Formula One Grand Prix Malaysia 2015 Mula Awal

Formula One Grand Prix Malaysia 2015 Mula Awal. Lima  perlumbaan pusingan Grand Prix Formula One ( F1 ) 2015 akan dimulakan lebih awal sejam. Perlumbaan GP Malaysia di Litar Sepang yang dijadualkan pada 27,28 dan 29 Mac 2015 akan turut terlibat.

Menurut Litar Antarabangsa Sepang (SIC), perlumbaan Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2015 akan dimulakan sejam lebih awal iaitu pada 3 petang, 29 Mac 2015. Perlumbaan ini diawalkan atas faktor keselamatan dan cuaca seperti yang dikeluarkan oleh panel penyiasat kes kemalangan membabitkan pemandu Perancis, Jules Bianchi di Litar Suzuka, Jepun tahun 2014.

Selain Grand Prix (GP) Malaysia, waktu permulaan empat lagi perlumbaan iaitu GP Australia, China, Jepun dan Russia juga dipercepatkan sejam lebih awal.

Formula One Grand Prix Malaysia 2015
Formula One Grand Prix Malaysia 2015

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *