Breaking News
Home » Berita » FitMalaysia Program Gelombang Kecergasan

FitMalaysia Program Gelombang Kecergasan

FitMalaysia Dilancar , Dari Negara Pencinta Sukan Kepada Negara Bersukan – Program FitMalaysia telah pun dilancarkan pada 7 September 2014 di Dataran Merdeka. Satu program yang menjurus kepada hidup sihat melalui kegiatan bersukan.

” Program FitMalaysia yang dilancarkan, hari ini akan menjadi ‘gelombang kecergasan’ dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang membudayakan sukan ” – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Semoga usaha dan hasrat kerajaan melalui Kementerian Belia Dan Sukan ini dapat mencapai matlamat menjadikan Malaysia semua negara yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga fizikal. Program FitMalaysia memang satu program yang harus disokong rakyat Malaysia.

Selain untuk kesihatan , FitMalaysia boleh dijadikan program serampang dua mata dalam mencungkil bakat baru sukan Malaysia. Mana tahu, akan muncul bakat bertaraf dunia dengan ramainya rakyat yang terlibat dengan sukan. 

program FitMalaysia

Bersukan juga antara satu medium yang boleh memupuk perpaduan rakyat Malaysia. FitMalaysia mampu menghubung dan merapatkan silaturrahim. Inilah kelebihan sukan sebenarnya.


FitMalaysia akan memberi fokus bukan hanya tentang amalan hidup sihat tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti.



Check Also

stadium baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT

Gambar Rekabentuk Dan Konsep Stadium Baru JDT. Satu majlis pelancaran rekabentuk dan konsep stadium bola …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *