Home » Info Sukan » Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII

Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII

Final Piala FA 2015 Kelantan vs Lions XII 23 Mei. Hari yang dinanti-nantikan kini tiba. Malam ini perlawanan akhir Piala FA 2015 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dua pasukan yang mempunyai tradisi dan sejarah bolasepak berbeza bakal bertemu. Mampukah Kelantan mengekalkan piala ini di Malaysia atau bakal dibawa menyeberangi tambak oleh Lions?

Menurut kapten The Red Warriors, Mohd Badhri Radzi tidak rela Piala FA bertukar tangan kepada Lions XII apabila kedua-dua pasukan itu membuat perhitungan mutlak pada perlawanan akhir nanti. Piya sedar maruah bola sepak negara kini dipikul berat oleh Kelantan namun pasukannya sudah bersedia untuk memastikan trofi kejuaraan itu tidak menyeberangi tambak pada musim ini.

Sementara itu jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menyifatkan perlawanan akhir Piala FA, malam ini bukanlah untuk kemenangan Kelantan sahaja tetapi untuk Malaysia. Justeru pertembungan menentang Lions XII seharusnya dimenangi Kelantan demi memastikan Piala FA terus berada di Malaysia.

Pasukan Kelantan bakal menagih aksi penyerang pinjaman mereka Austin Amutu dalam perlawanan ini. Kemampuan pemain ini sebagai peledak didepan gol tidak boleh dinafikan lagi. Aksi garang Amutu menyerlah sejak penampilan sulungnya dalam saingan Liga Super ketika Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 18 April lalu.

Pemain pertahanan Lions XII, Safuwan Baharudin menyatakan peluang kedua pasukanbergelar juara Piala FA adalah seimbang. Sementara itu penyerang Lions XII, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal berhasrat untuk menjaringkan gol awal pada aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan jaringan awal mampu meningkatkan semangat pemain muda mereka.

Pasukan manakah yang akan menjulang Piala FA yang mula diperkenalkan pada tahun 1990 ini. Adakah Lions akan mencipta sejarah membawa pulang Piala FA buat kali pertama atau Kelantan bakal menjulangnya buat ketiga.

Kelantan vs Lions XII 23 Mei 2015
Kelantan vs Lions XII 23 Mei 2015 Final Piala FA , Stadium Nasional Bukit Jalil

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

Penjaga Gol
Khairul Fahmi

Pertahanan
Farisham Ismail
Amiridzwan Taj
Norhafiz Zamani
Nik Shahrul Azim

Tengah
Wan Zaharulnizam
Badhri Radzi
Wan Zack Haikal

Serangan
Austin Amutu
Gilmar
Erwin Carillo

BARISAN KEMUNGKINAN LIONS

Penjaga Gol
Izwan Mahbud

Pertahanan
Nazrul Nazari
Madhu Mohana
Zulfahmi Arifin
Hafiz Sujad

Tengah
Gabriel Quak
Safuwan Baharudin
Izzdin Shafiq
Faris Ramli

Serangan
Khairul Nizam
Khairul Amri

Saksikan perlawanan ini secara langsung dan streaming menerusi TV3 jam 8.30 malam ini.

Check Also

Keputusan Final Piala FA 2017

Keputusan Final Piala FA 2017 Pahang vs Kedah

Hari ini berlangsung aksi kemuncak Piala FA Malaysia 2017. Pertemuan Pahang dan Kedah di Stadium …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *