Home » Info Sukan » Final FIC 2015 SC Internacional vs Estudiantes

Final FIC 2015 SC Internacional vs Estudiantes

Final FIC 2015 SC Internacional vs Estudiantes. Saingan Piala Antarabangsa Frenz atau Frenz International Cup 2015 kini sampai ke kemuncak apabila final akan berlangsung hari ini. Pertandingan yang khusus untuk pemain bawah 18 tahun ini telah menarik minat banyak pasukan dari eropah dan Amerika Selatan selain dua wakil dari Frenz United sendiri.

Dua gergasi dari Amerika Selatan, SC Internacional dan Estudiantes akan membuat perhitungan pada final Piala Antarabangsa Frenz (FIC) Bawah 18 Tahun (B-18) 2015 di Stadium Gelora Swiwijaya hari ini 14 Januari 2015.

Pasukan yang bergelar juara pada edisi kali ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM180,000 berserta piala manakala naib juara akan menerima RM80,000.

frenz international cup FIC 2015
frenz international cup FIC 2015

Laluan SC Internacional ke final

SC Internacional bermula dengan kemenangan 3-1 ke atas Valencia pada aksi pembukaan diikuti kemenangan 6-0 ke atas wakil Thailand, Chonburi FC sebelum mencatat kemenangan 5-1 ke atas wakil Jepun, Kashima Antlers  dan menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan sembilan mata.

Pada saingan peringkat suku akhir,  SC Internacional menewaskan, Frenz United Indonesia, 1-0 sebelum menghampakan FC Porto dari Portugal 2-0 pada pusingan separuh akhir.

Laluan Estudiantes

Estudiantes  bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas AIFF India dan selepas itu menewaskan Frenz United Malaysia 4-0 pada aksi kedua peringkat kumpulan sebelum membenam wakil England, Tottenham Hotspur 1-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan D.

Pada perlawanan suku akhir Estudiantes menang 2-1 ke atas Gamba Osaka dari Jepun sebelum menghampakan wakil Sepanyol, Valencia 3-1 di peringkat separuh akhir.

FINAL FIC 2015 FRENZ INTERNATIONAL CUP SC Internacional vs Estudiantes 

Check Also

kanser usus

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja

Awas Penyakit Ini Menyerang Siapa Sahaja. Tahukah anda bahawa kanser kolorektal atau lebih dikenali kanser …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *