Home » Uncategorized » Filem Songlap | Sinopsis Dan Video Trailer

Filem Songlap | Sinopsis Dan Video Trailer

Sinopsis Filem Songlap | Video Trailer Songlap – Sebuah lagi filem lakonan Shaheizy Sam bakal menemui peminat filem melayu pada tahun ini.Filem ini bakal ditayangkan pada 15 Disember 2011.Selain Shaheizy Sam filem ini turut dibintangi oleh Sara Ali dan Syafie Naswip.Berikut adalah sinopsis dan video trailer filem Songlap yang bakal menggegar pawagam.

SINOPSIS FILEM SONGLAP
Filem Songlap mengisahkan dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Ikuti kisah selanjutnya di pawagam..

VIDEO TRAILER SONGLAP

Check Also

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Teks Sidang Media Penahanan 7 Suspek Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Pihak PDRM telah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *