Home » Uncategorized » Filem Misteri Jalan Lama | Sinopsis Dan Trailer

Filem Misteri Jalan Lama | Sinopsis Dan Trailer

Filem Misteri Jalan Lama | Sinopsis Dan Trailer.Filem arahan terbaru Afdlin Shauki yang bertajuk Misteri Jalan Lama ini menghimpunkan barisan pelakon hebat seperti Que Haidar,Han Isaac,Marion Caunter,Vanida Imran,Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.Filem Misteri Jalan Lama ini akan mula menemui penonton di pawagam pada 24 November 2011.

SINOSIS FILEM MISTERI JALAN LAMA – Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

TRAILER | PROMO VIDEO FILEM MISTERI JALAN LAMA

Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *