Home » Uncategorized » Filem Juvana Di pawagam Bermula 24 Januari 2013

Filem Juvana Di pawagam Bermula 24 Januari 2013

Filem Juvana Bermula 24 Januari 2013 | Sinopsis Filem Juvana – Tentu masih ramai yang ingat tentang drama juvana yang pernah disiarkan dulu sehingga mampu mengangkat nama Johan As’ari dalam dunia lakonan. Bermula 24 januari ini Juvana akan kembali dalam bentuk filem dengan jalan cerita yang lebih menarik. Filem Juvana ini bakal menyaksikan lakonan Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramli, Shafie Naswip, Adam Shah, Idzham Ismail, Shera Aiyob, Sara Ali dan ramai lagi.

SINOPSIS FILEM JUVANA

Kisah Juvana mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara.
 
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa memerhatikannya.
 
Dalam pada itu, Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam dan lain-lain telah dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.
 
Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.
 
Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.
 
Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.
 
Di dunia luar, Daim menjadi sasaran apabila pelajar sekolah lain mengetahui masa lampaunya sebagai pesalah juvana. Mujur ada Sara, yang mulai akrab dengan Daim dan banyak membantunya, terutama dalam bab pelajaran.
 
Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dengan Sara, dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.
 
Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. 

( sinopsis dari sumber MediaHiburan )


Check Also

The Red Warriors

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ?

Nama The Red Warriors Akan Ditukar ? Itulah persoalan yang mungkin bermain difikiran peminat bolasepak …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *