Breaking News
Home » Uncategorized » Filem Istanbul Aku Datang Kutip 1 Juta Setelah Lima Hari Tayangan

Filem Istanbul Aku Datang Kutip 1 Juta Setelah Lima Hari Tayangan

Kutipan Filem Istanbul Aku Datang – Setelah lima hari ditayangkan, filem Istanbul Aku Datang berjaya mencatat kutipan RM 1 juta. Filem arahan Bernard Chauly ini menggandingkan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Khusyairy. Penggambaran filem secara keseluruhannya dijalankan di Istanbul, Turki.

Filem hasil kerjasama Grand Brilliance dan Red Films itu mengisahkan Dian (Lisa Surihani) yang bertekad pergi ke Istanbul untuk meyakinkan kekasihnya, Azad, (Tomok) supaya melamar sebelum Dian pulang ke tanah air. Namun perancangan dan kegembiraan Dian terbantut apabila Azad meminta dia menyewa rumah sendiri. Dian mencekalkan diri dan meminta bantuan seorang lelaki Turki untuk menyewakan sebuah bilik. Malangnya, Dian telah ditipu sehingga memaksanya untuk berkongsi rumah dengan Haris (Beto). Lalu, berlakulah konflik mengenai perebutan apartmen dan lebih malang, Azad mengetahui bahawa Dian menyewa rumah bersama seorang lelaki.

sumber Sinar

Check Also

7 perpindahan tertinggi pemain bolasepak dunia

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak

7 Perpindahan Termahal Dunia Dalam Bolasepak. Dunia bolasepak sering dikejutkan dengan perpindahan yang mahal yang …

3 comments

  1. sumpah cite ni best~!! (^^,) baru tgk tadi. nanti nak review movie ni.

  2. nak tengok lah citer nih…mesti best…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *