Breaking News
Home » Uncategorized » Fikir Dulu Sebelum Cakap ..

Fikir Dulu Sebelum Cakap ..

Secebis kisah untuk di kongsi ..tersebutlah kisah..tayyib..sang kancil datang mengadap sultan firaun..tayyib..mana firaun pakai sultan..ehh bukan cerita ni laa..salah CD.Cerita ni..
“kau tak pergi ke tengok Pak Mat”
“buat apa aku nak tengok,biarlah dia rasa”
“habis kalau kau yang sakit esok siapa nak tengok?”
“anak-anak aku ada..dia orang leh jaga”
“anak-anak kau kan kerja luar,jauh tu”
“semua ada kereta..berduit tahu la dia nak balik nanti”

Diringkaskan cerita..forward laju-laju..tetiba semalam manusia yang kerek ini jatuh pengsan sebab kekurangan gula dalam darah..kita jiran-jiran gak yang datang dulu tolong..anak? Anak dia semua jauh..jadi fikir-fikirkan..siapa kita tanpa jiran terdekat.Jadi jangan menyombong macam kera..nanti bila sampai giliran kita kita pun akan jadi kera..!!

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.-riwayat Abu Syuraih al-Khuza’iy r.a

Check Also

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search

Katharsis Album Terbaru Kumpulan Search. Lagenda kini kembali. Itu sudah pasti ungkapan peminat tegar muzik …

17 comments

  1. Skang dah semakin kurang dah semangat kejiranan..Lelebih lagi yg dok apartment atau sewaktu dengannyer

  2. sentiasa jaga dgn apa yang kita cakap. setiap ungkapan dari mulut itu adalah doa supaya diturunkan dugaan..

  3. betol
    sebenanye tak rugi kita berbuat bai dgn semua org
    sebab kita tak tahu dimana nasib kita sebenanye satu hari nanti kan?

  4. Tidak sempurna iman
    Jika kau tidur dalam kekenyangan
    Sedang jiran tetanggamu
    Menangis kerana kelaparan?

    Kenalilah dan bertegurlah sapa
    Dengan akhlak yang mulia
    Hidup berjiran susah dan senang
    Suka duka dirasa bersama

    kan dah keluar lagu~. ngeh ngeh

  5. Dlu pnh ada jiran pangai busuk.. Tapi bukan smbong tp sebab ske mintak2 barang org n ape2 jelah makanan ke.. Pastu kutok2 pmly ktorg.. Bajet alim pkai tdung labuh tp mcm blaja ilmu sesat.. Ade ke patut die ckp taun 2000 kiamat.. Dgn konfidennye~

  6. jiran akak ada sorang…
    (start dah nak mengumpat)
    sombong kemain…
    lalu depan umah kita angkat muka tinggi..
    (ni bukan ngumpat..
    ni luahan perasaan seorang wanita..)
    wakakakk…

  7. hmm nih pun sama, eloknya bila kita dengar ade orang sakit ke nak buat kenduri ke seeloknya kena ziarah kan. sebabnya yang selalu menolong jiran tetangga, adik-beradik dan anak-anak tolong jengguk je lepas tuh balik.

  8. buat baik dgn jiran tak rugi…untung lagi ada la 🙂

  9. Bila buat baik, dikata dek orang nak membodek..

    Bila duduk berkumpul, dikata dek orang nak mengumpat la tuu..

    Bila buat tak tahu atau diam, dikata dek orang kera sumbang..

    Bila ditegur, dikata dek orang macam la ko tu bagus sangat…

    Kadang2 serba salah jadinya.. T__T

  10. dah byk orang mcm tuh huhuhu..sabar jelah~

  11. Mungkin dia tak nak menyusahkan orang lain..tapi bila namanya berjiran kena lah saling membantu kan..jadi lain kali fikir dulu baru sblm cakap hehe…sabar k

  12. jiran ada yg ok, ada yg x ok.. tapi apa2 pun yg paling hampir dgn kita bila sakit adalah jiran.. so layan baik2 & jgn terlebih baik, hikk…

  13. bila jiran aku nak pulangkan bekas masa bagi juadah berbuka puasa ari tu ek.. kih kih kih

  14. “salam kiz..akak pun skrg ni rasa dah tak best duduk kt pekan ni sbb smgt kejiranan yg tak berapa nak kukuh…rasa nak pindah balik dok kg jer..”

  15. “salam kiz..akak pun skrg ni rasa dah tak best duduk kt pekan ni sbb smgt kejiranan yg tak berapa nak kukuh…rasa nak pindah balik dok kg jer..”

  16. jiran…hmmm..india sebelah kiri..cina sebelah kanan…depan belakang..melayu…
    yg penting jiran ini..kita kenal dan bertegur sapa…jgn terlalu menyibuk hal jiran..
    senyum itu penting…berbuat baiklah sesama jiran..

  17. betul x rugi berbaik dengan jiran tetangga

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *